BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

Mesyuarat Agung Alumni Kali Pertama

KENALKAH ANDA DENGAN MEREKA?

Persatuan telah diluluskan pendaftarannya pada 8 Ogos 2009, oleh sebab itu satu mesyuarat agung perlu dilaksanakan bagi memilih ahli jawatankuasa yang sah, mengikut undang-undang tubuh persatuan.

Pada 22 Ogos 2009 satu mesyuarat jawatankuasa penaja telah diadakan di Bilik Gerakan SMT Temerloh. Mesyuarat telah memutuskan perkara-perkara berikut:

Tarikh mesyuarat agung:17 Oktober 2009 bersama (28 Syawal 1430)
Jemputan : Mengundang bekas-bekas guru dan bekas pengetua sebagai tetamu ketika majlis perasmian mesyuarat sebagai memeriahkan majlis.
Bayaran makan : RM10.00 untuk seorang(memandangkan pihak persatuan tidak mempunyai sumber kewangan, maka makan dan minum perlu dibayar semasa hari pendaftaran, oleh sebab itu kedatangan perlu disahkan kepada urusetia)
Cabutan Bertuah: Pihak jawatankuasa akan mencari penyumbang.(jika ada ahli-ahli di luar sana yang telah menjadi orang yang sangat berjaya ingin memberi sumbangan kewangan atau barang berbentuk hamper, pihak kami sangat alu-alukan, hubungi urusetia di telefon untuk urusan berkaitan)

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis di samping berjumpa dengan rakan-rakan lama yang telah terputus hubungan. Mungkin ada yang tidak pernah berjumpa hampir 30 tahun maka inilah masanya kita berjumpa mereka menanyakan kabar dan menyambung kembali silatulrrahim.

Anda akan menerima mesej melalui SMS berbunyi:

Sila sahkan kedatangan anda sebelum 3 Oktober 2009 kepada urusetia berikut:

Pn.Anita Bt Malek 019-9499721
En.Wan Ahmad Fadli Bin Wan Yusof 019-9060582
En.Zulhanee Bin Muhammad 013-9350035

Kepada semua bekas-bekas pelajar, anda hendaklah mengesahkan kedatangan dengan memberi maklumat seperti contoh berikut:
Nama Penuh: Abu Bin Mat Kursus: RAC Tahun SPM: 80
Bilangan Yang hendak hadir: 2 org ( penting dimaklumkan kerana melibatkan kos)

Bayaran makan RM10.00 seorang sahaja(jika membawa keluarga bayaran mengikut bilangan ahli)
Pastikan anda memanjangkan SMS tersebut kepada rakan-rakan anda yang lain supaya mereka mengetahuinya dan hubungan yang terputus dapat dijalin kembali.

Jika tidak keberatan bawa sekali kuih raya, atau apa saja makanan yang boleh dikongsi bersama sempena bulan Syawal.

MARI KEMBALI KE SEKOLAH SEBAGAI BEKAS PELAJAR

0 comments: