BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 10, 2009

AlFatihah

Pada 9 Disember 2009 jam 10.30 malam, sekolah telah kehilangan seorang guru yang berpengalaman iaitu Cikgu Zulkifli Bin Haron yang telah kembali ke rahmatullah di kediaman beliau kuarters guru di Kerdau. Beliau mula bertugas pada tahun 1978 hingga 2009. Mengajar kursus Automotif dan beliau seorang yang mudah mesra. Jenazah beliau telah di bawa ke Tanah Merah, Kelantan untuk di semadikan di sana pada jam 3.30 pagi. Alumni mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham, dan bersabar menghadapi ujian dari Allah SWT. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah.