BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 18, 2009

Mesyuarat Agung Alumni SMTT 2009
















Presiden : En Shahriman Bin Abd.Rahman
Tim. Presiden: En.Rosly Bin Jantan
Setiausaha : En.Wan Ahmad Fadli Bin Wan Mat Yusof
Pen. S/U : En.Khairudin Bin Nasiran
Bendahari : Pn Wan Zaimah Bt Abd Majid
Pen.Bendahari: Pn.Anita Bt Malek
AJK : Tn.Hj Ahmad Shuhor Bin Hj Awang
En.Zulhanee Bin Muhammad
En.Mohd Sopee Bin Sulaiman
En.Ahmad Faudzi Bin Saidin
En.Zulkifli Bin Musa
En.Nordin Bin Attar
Pn.Megawati Bt Dahlan

Pemeriksa Kira-kira:

Pn.Nor Hashimah Bt Abdul Rashid
Pn.Mahani

Friday, October 16, 2009

Harinya telah tiba

Selamat Datang, selamat bermesyuarat, selamat bertemu rakan-rakan dan guru-guru semua.


Wednesday, October 14, 2009

Dalam Kenangan(Cikgu Jalaluddin Ahmad)

Hari ini 1 Februari 1982 telah berlalu
Membawa bersama……….
Segala titik-titik hitam
Tercatit seribu kenangan pahit
Aku masih ingat lagi kata-katanya…….
“1 Februari bersamaan dengan hari Wilayah
Adalah kenangan paling manis, paling Murni buat saya…

1 Februari yang menyedihkan
Bagi penuntut 5 Trengkas
Melahirkan rasa keinsafan
Di jiwa yang angkuh
Kata-katanya masih dalam ingatan………….
“Rayakanlah kebebasan yang kamu pinta itu
Dan buatlah apa yang kamu suka”

Meninggalkan kesan
Resah gelisah, kecewa
Di sudut rasa gundah……….
Menanti keampunan dari cikgu
Bakal mencorak warna kehidupan
Ia terus berkata…………
“Perjuangkanlah apa yang hendak kamu perjuangkan”

Lerailah nanti rasa bersalah
Yang membara di jiwa ini bersama……………..
Pengakuan dan Pengertian seorang guru
Dengarlah segala rayuan ini………
Ia tetap berkata………
“Akan saya simpan bunga sehingga hilang baunya”

Tercatit sudah pada sebuah memori kehidupanku
Sebuah cerita pagi yang kering……….pilu dan kecewa…………

Kaulah orang yang paling aku hormati
Agar hiduplah kita penuh keikhlasan
Kemuliaan di sisi Tuhan……..Kemesraan………
Bersama penuntut 5 Trengkas

Indahkanlah rayuan ini…….

Shahiran binti Hj. Abdul Ghani

Tingkatan Lima Trengkas 1982

Kenangan 5 Trengkas 1982

Pasukan Hoki 1982 bimbingan Cikgu Chan

Pasukan Hoki 1982



Foto kiriman Nurul Huda-Putrajaya

Saturday, October 10, 2009

Indahnya kenangan lalu

Kepada semua alumni yang ingin menyiarkan foto lama, berita, mencari sahabat lama sila emelkan foto, dan maklumat-maklumat yang di perlukan ke email alumnismtt09@yahoo.com. Insyallah maklumat tersebut akan disiarkan untuk tatapan semua. Mari kita berkongsi kenangan di SMV Temerloh dalam bentuk foto. Alangkah indahnya kenangan itu.

Friday, October 9, 2009

Mesyuarat AJK Penaja ke 2

Pada 10 Oktober 2009 satu mesyuarat AJK penaja ke 2 dilaksanakan bagi membereskan beberapa perkara bagi melicinkan perjalanan mesyuarat agung dan sekaligus perjumpaan alumni bagi kali pertama.

Kepada semua alumni pakaian rasmi pada 17 Oktober 2009 adalah

BAJU BATIK

semua alumni digalakkan memakai baju batik. supaya perjumpaan kita meriah. Kalau ada baju batik raya lagi canteekkk.

Ku Kehilanganmu

Kepada semua alumni yang mengenali atau pernah terjumpa dengan En.Shamsudin bin Khamis pelajar tahun 1979/1980 kursus Simpankira sila hubungi urusetia Pn.Anita 019 - 9499721 dengan segera. Kehilangan tuan sangat di rasai...harap dapat berjumpa pada 17 Oktober 2009 nanti.

Thursday, October 8, 2009

;
Kepada semua alumni, tolonggglah buat pengesahan kehadiran, pihak kami sebagai urusetia di maklumkan ramai yang nak datang tapi tidak membuat pengesahan. Kami berada di pihak serba salah kalau sediakan makan sedikit takut tak mencukupi, kalau banyak pulak takut berlaku pembaziran. Kami urusetia ingin memastikan hari bersejarah pada 17 Oktober 2009 nanti sebagai suatu kenangan paling manis dalam hidup setiap alumni setelah begitu lama tidak berjumpa guru-guru dan kawan-kawan lama.

Sunday, October 4, 2009

Sinar Harian2

Berita Sinar Harian, 3 Oktober 2009.