BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 10, 2009

AlFatihah

Pada 9 Disember 2009 jam 10.30 malam, sekolah telah kehilangan seorang guru yang berpengalaman iaitu Cikgu Zulkifli Bin Haron yang telah kembali ke rahmatullah di kediaman beliau kuarters guru di Kerdau. Beliau mula bertugas pada tahun 1978 hingga 2009. Mengajar kursus Automotif dan beliau seorang yang mudah mesra. Jenazah beliau telah di bawa ke Tanah Merah, Kelantan untuk di semadikan di sana pada jam 3.30 pagi. Alumni mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham, dan bersabar menghadapi ujian dari Allah SWT. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah.

Monday, November 2, 2009

Daftar Keahlian Alumni SMVT

Kepada semua bekas-bekas pelajar SMV Temerloh, yang berminat dan ingin menjadi ahli, hasrat anda sangat-sangat dialu-alukan. Pihak AJK Alumni SMVT 2009 sangat memerlukan penyertaan yang seramai mungkin daripada bekas-bekas pelajar supaya boleh mendaftar sebagai ahli. Untuk maklumat lanjut hubungi setiausaha Persatuan En.Wan Ahmad di talian: 019 9060582. Buat masa ini pihak kami tidak dapat menyediakan pendaftaran secara online.

Sunday, October 18, 2009

Mesyuarat Agung Alumni SMTT 2009
















Presiden : En Shahriman Bin Abd.Rahman
Tim. Presiden: En.Rosly Bin Jantan
Setiausaha : En.Wan Ahmad Fadli Bin Wan Mat Yusof
Pen. S/U : En.Khairudin Bin Nasiran
Bendahari : Pn Wan Zaimah Bt Abd Majid
Pen.Bendahari: Pn.Anita Bt Malek
AJK : Tn.Hj Ahmad Shuhor Bin Hj Awang
En.Zulhanee Bin Muhammad
En.Mohd Sopee Bin Sulaiman
En.Ahmad Faudzi Bin Saidin
En.Zulkifli Bin Musa
En.Nordin Bin Attar
Pn.Megawati Bt Dahlan

Pemeriksa Kira-kira:

Pn.Nor Hashimah Bt Abdul Rashid
Pn.Mahani

Friday, October 16, 2009

Harinya telah tiba

Selamat Datang, selamat bermesyuarat, selamat bertemu rakan-rakan dan guru-guru semua.


Wednesday, October 14, 2009

Dalam Kenangan(Cikgu Jalaluddin Ahmad)

Hari ini 1 Februari 1982 telah berlalu
Membawa bersama……….
Segala titik-titik hitam
Tercatit seribu kenangan pahit
Aku masih ingat lagi kata-katanya…….
“1 Februari bersamaan dengan hari Wilayah
Adalah kenangan paling manis, paling Murni buat saya…

1 Februari yang menyedihkan
Bagi penuntut 5 Trengkas
Melahirkan rasa keinsafan
Di jiwa yang angkuh
Kata-katanya masih dalam ingatan………….
“Rayakanlah kebebasan yang kamu pinta itu
Dan buatlah apa yang kamu suka”

Meninggalkan kesan
Resah gelisah, kecewa
Di sudut rasa gundah……….
Menanti keampunan dari cikgu
Bakal mencorak warna kehidupan
Ia terus berkata…………
“Perjuangkanlah apa yang hendak kamu perjuangkan”

Lerailah nanti rasa bersalah
Yang membara di jiwa ini bersama……………..
Pengakuan dan Pengertian seorang guru
Dengarlah segala rayuan ini………
Ia tetap berkata………
“Akan saya simpan bunga sehingga hilang baunya”

Tercatit sudah pada sebuah memori kehidupanku
Sebuah cerita pagi yang kering……….pilu dan kecewa…………

Kaulah orang yang paling aku hormati
Agar hiduplah kita penuh keikhlasan
Kemuliaan di sisi Tuhan……..Kemesraan………
Bersama penuntut 5 Trengkas

Indahkanlah rayuan ini…….

Shahiran binti Hj. Abdul Ghani

Tingkatan Lima Trengkas 1982

Kenangan 5 Trengkas 1982

Pasukan Hoki 1982 bimbingan Cikgu Chan

Pasukan Hoki 1982



Foto kiriman Nurul Huda-Putrajaya

Saturday, October 10, 2009

Indahnya kenangan lalu

Kepada semua alumni yang ingin menyiarkan foto lama, berita, mencari sahabat lama sila emelkan foto, dan maklumat-maklumat yang di perlukan ke email alumnismtt09@yahoo.com. Insyallah maklumat tersebut akan disiarkan untuk tatapan semua. Mari kita berkongsi kenangan di SMV Temerloh dalam bentuk foto. Alangkah indahnya kenangan itu.

Friday, October 9, 2009

Mesyuarat AJK Penaja ke 2

Pada 10 Oktober 2009 satu mesyuarat AJK penaja ke 2 dilaksanakan bagi membereskan beberapa perkara bagi melicinkan perjalanan mesyuarat agung dan sekaligus perjumpaan alumni bagi kali pertama.

Kepada semua alumni pakaian rasmi pada 17 Oktober 2009 adalah

BAJU BATIK

semua alumni digalakkan memakai baju batik. supaya perjumpaan kita meriah. Kalau ada baju batik raya lagi canteekkk.

Ku Kehilanganmu

Kepada semua alumni yang mengenali atau pernah terjumpa dengan En.Shamsudin bin Khamis pelajar tahun 1979/1980 kursus Simpankira sila hubungi urusetia Pn.Anita 019 - 9499721 dengan segera. Kehilangan tuan sangat di rasai...harap dapat berjumpa pada 17 Oktober 2009 nanti.

Thursday, October 8, 2009

;
Kepada semua alumni, tolonggglah buat pengesahan kehadiran, pihak kami sebagai urusetia di maklumkan ramai yang nak datang tapi tidak membuat pengesahan. Kami berada di pihak serba salah kalau sediakan makan sedikit takut tak mencukupi, kalau banyak pulak takut berlaku pembaziran. Kami urusetia ingin memastikan hari bersejarah pada 17 Oktober 2009 nanti sebagai suatu kenangan paling manis dalam hidup setiap alumni setelah begitu lama tidak berjumpa guru-guru dan kawan-kawan lama.

Sunday, October 4, 2009

Sinar Harian2

Berita Sinar Harian, 3 Oktober 2009.

Wednesday, September 30, 2009

Berita Sinar Harian

Berita Sinar Harian, 30 Oktober 2009. Terima kasih Sinar.

Monday, September 28, 2009

Guruku

Kepada semua bekas-bekas guru yang pernah mengajar di SMV Temerloh dan mengetahui perjumpaan pada 17 Oktober 2009 dan sudi hadir untuk memeriahkan majlis dapat sekiranya menghubungi pihak urusetia di tel o19-9499721(Pn.Anita), untuk mengesahkan kehadiran pada tarikh tersebut. Kehadiran guru-guru sangat di alu-alukan untuk memeriahkan majlis tersebut.

Tolong kami, bantu kami

Kepada semua bekas pelajar SMV Temerloh, sila SAHkan kehadiran anda kepada urusetia kerana tarikh 17 Oktober 2009 semakin hampir. Sila berikan kerjasama bagi memudahkan pihak kami selaku urusetia menguruskan majlis tersebut dengan jayanya.

Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI

Friday, September 11, 2009

;

Salam, pada semua bekas pelajar pelajar yang di kasihi. Sila sahkan kehadiran anda secepat yang mungkin bagi memudahkan urusetia menguruskan majlis pada 17 Oktober nanti. Jika anda telah menerima SMS, sila buat keputusan yang segera, ini bagi memudahkan kerja-kerja di pihak urusetia. Kerjasama anda semua sangat di harapkan. Jika ada di antara bekas pelajar yang ingin membuat sumbangan sila hubungi urusetia berikut: Pn.Anita(019-9499721) En,Wan Ahmad(019-9060582) dan En.Zulhanee(013 9350035). Sumbangan boleh berbentuk hamper atau wang tunai. Bantulah kami menguruskan majlis tersebut. Bantuan anda sangat kami harapkan.

Yang dulu-dulu..

Inginkah anda berjumpa dengan mereka semua, jalinkan kembali persahabatan anda dengan datang ke perjumpaan alumni pada 17 Oktober 2009.

Tuesday, August 25, 2009

;

Sunday, August 23, 2009

Mesyuarat Agung Alumni Kali Pertama

KENALKAH ANDA DENGAN MEREKA?

Persatuan telah diluluskan pendaftarannya pada 8 Ogos 2009, oleh sebab itu satu mesyuarat agung perlu dilaksanakan bagi memilih ahli jawatankuasa yang sah, mengikut undang-undang tubuh persatuan.

Pada 22 Ogos 2009 satu mesyuarat jawatankuasa penaja telah diadakan di Bilik Gerakan SMT Temerloh. Mesyuarat telah memutuskan perkara-perkara berikut:

Tarikh mesyuarat agung:17 Oktober 2009 bersama (28 Syawal 1430)
Jemputan : Mengundang bekas-bekas guru dan bekas pengetua sebagai tetamu ketika majlis perasmian mesyuarat sebagai memeriahkan majlis.
Bayaran makan : RM10.00 untuk seorang(memandangkan pihak persatuan tidak mempunyai sumber kewangan, maka makan dan minum perlu dibayar semasa hari pendaftaran, oleh sebab itu kedatangan perlu disahkan kepada urusetia)
Cabutan Bertuah: Pihak jawatankuasa akan mencari penyumbang.(jika ada ahli-ahli di luar sana yang telah menjadi orang yang sangat berjaya ingin memberi sumbangan kewangan atau barang berbentuk hamper, pihak kami sangat alu-alukan, hubungi urusetia di telefon untuk urusan berkaitan)

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis di samping berjumpa dengan rakan-rakan lama yang telah terputus hubungan. Mungkin ada yang tidak pernah berjumpa hampir 30 tahun maka inilah masanya kita berjumpa mereka menanyakan kabar dan menyambung kembali silatulrrahim.

Anda akan menerima mesej melalui SMS berbunyi:

Sila sahkan kedatangan anda sebelum 3 Oktober 2009 kepada urusetia berikut:

Pn.Anita Bt Malek 019-9499721
En.Wan Ahmad Fadli Bin Wan Yusof 019-9060582
En.Zulhanee Bin Muhammad 013-9350035

Kepada semua bekas-bekas pelajar, anda hendaklah mengesahkan kedatangan dengan memberi maklumat seperti contoh berikut:
Nama Penuh: Abu Bin Mat Kursus: RAC Tahun SPM: 80
Bilangan Yang hendak hadir: 2 org ( penting dimaklumkan kerana melibatkan kos)

Bayaran makan RM10.00 seorang sahaja(jika membawa keluarga bayaran mengikut bilangan ahli)
Pastikan anda memanjangkan SMS tersebut kepada rakan-rakan anda yang lain supaya mereka mengetahuinya dan hubungan yang terputus dapat dijalin kembali.

Jika tidak keberatan bawa sekali kuih raya, atau apa saja makanan yang boleh dikongsi bersama sempena bulan Syawal.

MARI KEMBALI KE SEKOLAH SEBAGAI BEKAS PELAJAR

Mesyuarat Penubuhan

Berita Sinar Harian

Mesyuarat menubuhkan jawatankuasa penaja telah berjaya dilaksanakan pada 29 Disember 2007 di Dewan SMT Temerloh dengan kehadiran seramai 294 orang telah hadir. Mesyuarat tersebut untuk adalah untuk memilih AJK Penaja Persatuan bagi melaksanakan kerja-kerja pendaftaran dan yang berkaitan sehingga pendaftaran diluluskan dan mesyuarat agung dilaksanakan

Objektif Penubuhan Persatuan:
1.Mengumpulkan bekas-bekas pelajar untuk mengeratkan siratulrahim antara bekas pelajar dengan guru
2.Membantu sekolah memartabatkan nama SM Teknik Temerloh
3.Membantu dalam program-proram yang akan dirancang oleh pihak sekolah.
4.Meningkatkan pencapaian kecemerlangan akademik dan kemahiran para pelajar SMT Temerloh

Jawatankuasa Penaja Dipilih:
Presiden : En. Rosly bin Jantan
Naib Presiden : En. Khairi bin Zakaria
Setiausaha : En. Wan Ahmad Fadli bin Wan Yusof
Bendahari : Pn. Wan Zaimah binti Wan Abd. Majid
AJK :
En. Azizul bin Rahim
En. Mohd Fauzi bin Arbain
En. Zulkifli bin Musa
Tuan Hj. Abu Supian bin Sulan
Tuan Hj. Ahmad Shuhor bin Hj. Awang
En. Shahir bin Sharudin
En. Murad bin Jaafar
En. Zulhanee bin Mohamad
En. Nordin bin Mat Attar
Pn. Anita binti Malik


Kronologi

30/08/07 Mesyuarat Pertama menubuhkan Jawatankuasa Sekretariat Persatuan

Bekas Pelajar SMT Temerloh bersama Pengetua dan YDP PIBG

24/10/07 Mesyuarat Kedua - strategi perlaksanaan

15/11/07 Mesyuarat Ketiga permilihan AJK Pengelola

17/12/07 Mesyuarat keempat mengemaskini maklumat

24/12/07 Mesyuarat kelima bersama AJK Pengelola

29/12/07 Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Persatuan Bekas Pelajar.


Jawatankuasa Sekretariat terdiri dari:

Presiden : En.Rosly Bin Jantan

Naib Presiden : En.Zulhanee Bin Muhamad

Setiausaha : En.Wan Ahmad Fadli Bin Wan Mat Yusof

Bendahari : Pn.Wan Zaimah Bt Wan Abd Majid

AJK : En.Khairudin Bin Nasiran

En.Mohd Faudzi Bin Saidin

Pn.Ermiza Bt Selamat

Tugas-tugas sekretariat:

1. Membentuk AJK Pengelola dan memanggil mesyuarat

2. Menghubungi bekas pelajar untuk hadir mesyuarat melalui sms atau telefon.

3. Menyediakan banner untuk pemberitauan majlis

4. Menyediakan buku program, tempat mesyuarat, makan minum semasa mesyuarat.

5. Mengambil gambar dan rakaman video

6. Mendapatkan sumbangan dari bekas pelajar/pembekal sekolah.

7. Memastikan majlis berjalan seperti dirancangkan.