BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 25, 2009

;

Sunday, August 23, 2009

Mesyuarat Agung Alumni Kali Pertama

KENALKAH ANDA DENGAN MEREKA?

Persatuan telah diluluskan pendaftarannya pada 8 Ogos 2009, oleh sebab itu satu mesyuarat agung perlu dilaksanakan bagi memilih ahli jawatankuasa yang sah, mengikut undang-undang tubuh persatuan.

Pada 22 Ogos 2009 satu mesyuarat jawatankuasa penaja telah diadakan di Bilik Gerakan SMT Temerloh. Mesyuarat telah memutuskan perkara-perkara berikut:

Tarikh mesyuarat agung:17 Oktober 2009 bersama (28 Syawal 1430)
Jemputan : Mengundang bekas-bekas guru dan bekas pengetua sebagai tetamu ketika majlis perasmian mesyuarat sebagai memeriahkan majlis.
Bayaran makan : RM10.00 untuk seorang(memandangkan pihak persatuan tidak mempunyai sumber kewangan, maka makan dan minum perlu dibayar semasa hari pendaftaran, oleh sebab itu kedatangan perlu disahkan kepada urusetia)
Cabutan Bertuah: Pihak jawatankuasa akan mencari penyumbang.(jika ada ahli-ahli di luar sana yang telah menjadi orang yang sangat berjaya ingin memberi sumbangan kewangan atau barang berbentuk hamper, pihak kami sangat alu-alukan, hubungi urusetia di telefon untuk urusan berkaitan)

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis di samping berjumpa dengan rakan-rakan lama yang telah terputus hubungan. Mungkin ada yang tidak pernah berjumpa hampir 30 tahun maka inilah masanya kita berjumpa mereka menanyakan kabar dan menyambung kembali silatulrrahim.

Anda akan menerima mesej melalui SMS berbunyi:

Sila sahkan kedatangan anda sebelum 3 Oktober 2009 kepada urusetia berikut:

Pn.Anita Bt Malek 019-9499721
En.Wan Ahmad Fadli Bin Wan Yusof 019-9060582
En.Zulhanee Bin Muhammad 013-9350035

Kepada semua bekas-bekas pelajar, anda hendaklah mengesahkan kedatangan dengan memberi maklumat seperti contoh berikut:
Nama Penuh: Abu Bin Mat Kursus: RAC Tahun SPM: 80
Bilangan Yang hendak hadir: 2 org ( penting dimaklumkan kerana melibatkan kos)

Bayaran makan RM10.00 seorang sahaja(jika membawa keluarga bayaran mengikut bilangan ahli)
Pastikan anda memanjangkan SMS tersebut kepada rakan-rakan anda yang lain supaya mereka mengetahuinya dan hubungan yang terputus dapat dijalin kembali.

Jika tidak keberatan bawa sekali kuih raya, atau apa saja makanan yang boleh dikongsi bersama sempena bulan Syawal.

MARI KEMBALI KE SEKOLAH SEBAGAI BEKAS PELAJAR

Mesyuarat Penubuhan

Berita Sinar Harian

Mesyuarat menubuhkan jawatankuasa penaja telah berjaya dilaksanakan pada 29 Disember 2007 di Dewan SMT Temerloh dengan kehadiran seramai 294 orang telah hadir. Mesyuarat tersebut untuk adalah untuk memilih AJK Penaja Persatuan bagi melaksanakan kerja-kerja pendaftaran dan yang berkaitan sehingga pendaftaran diluluskan dan mesyuarat agung dilaksanakan

Objektif Penubuhan Persatuan:
1.Mengumpulkan bekas-bekas pelajar untuk mengeratkan siratulrahim antara bekas pelajar dengan guru
2.Membantu sekolah memartabatkan nama SM Teknik Temerloh
3.Membantu dalam program-proram yang akan dirancang oleh pihak sekolah.
4.Meningkatkan pencapaian kecemerlangan akademik dan kemahiran para pelajar SMT Temerloh

Jawatankuasa Penaja Dipilih:
Presiden : En. Rosly bin Jantan
Naib Presiden : En. Khairi bin Zakaria
Setiausaha : En. Wan Ahmad Fadli bin Wan Yusof
Bendahari : Pn. Wan Zaimah binti Wan Abd. Majid
AJK :
En. Azizul bin Rahim
En. Mohd Fauzi bin Arbain
En. Zulkifli bin Musa
Tuan Hj. Abu Supian bin Sulan
Tuan Hj. Ahmad Shuhor bin Hj. Awang
En. Shahir bin Sharudin
En. Murad bin Jaafar
En. Zulhanee bin Mohamad
En. Nordin bin Mat Attar
Pn. Anita binti Malik


Kronologi

30/08/07 Mesyuarat Pertama menubuhkan Jawatankuasa Sekretariat Persatuan

Bekas Pelajar SMT Temerloh bersama Pengetua dan YDP PIBG

24/10/07 Mesyuarat Kedua - strategi perlaksanaan

15/11/07 Mesyuarat Ketiga permilihan AJK Pengelola

17/12/07 Mesyuarat keempat mengemaskini maklumat

24/12/07 Mesyuarat kelima bersama AJK Pengelola

29/12/07 Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Persatuan Bekas Pelajar.


Jawatankuasa Sekretariat terdiri dari:

Presiden : En.Rosly Bin Jantan

Naib Presiden : En.Zulhanee Bin Muhamad

Setiausaha : En.Wan Ahmad Fadli Bin Wan Mat Yusof

Bendahari : Pn.Wan Zaimah Bt Wan Abd Majid

AJK : En.Khairudin Bin Nasiran

En.Mohd Faudzi Bin Saidin

Pn.Ermiza Bt Selamat

Tugas-tugas sekretariat:

1. Membentuk AJK Pengelola dan memanggil mesyuarat

2. Menghubungi bekas pelajar untuk hadir mesyuarat melalui sms atau telefon.

3. Menyediakan banner untuk pemberitauan majlis

4. Menyediakan buku program, tempat mesyuarat, makan minum semasa mesyuarat.

5. Mengambil gambar dan rakaman video

6. Mendapatkan sumbangan dari bekas pelajar/pembekal sekolah.

7. Memastikan majlis berjalan seperti dirancangkan.